Sunday, January 23, 2011

Aku Seorang aku

susah nak cerita....aku nak yang macam mana?????aku sekarang sedang belajar di universiti swasta...parttime study....dalam masa yang sama aku dah tertimbul semula hobi lama aku semasa tinggal di kampung...membela burung2 dan ayam hutan....membela saja takpa..tapi aku lebih suka membela dan memikat terkukur, merbok dan ayam hutan....

terkukur
aku ada 2 ekor terkukur...seekor nama bidong seekor nama gagap.....tapi kedua2 ekor terkukur ni masih dalam proses mengajar...tapi aku takde masa nak ajar..macam mana nak ajar ni????aduyai...lambat la nak merasa terkukur hutan sangkut kat racik aku....

merbok
aku ade seekor merbok nama budak kecik..sebab aku dapat masa dia kecik tapi dah terbang...masih dalam proses.,.kawan2 kata maybe 2 hingga 3 tahun lagi kot...aduh lamanye...

ayam hutan
ayam hutan aku semua dah hantar kampung...macam mana aku nak ajar memikat ni????ni angkara jiran aku yang ada PHD..dia boleh repot kat DBKL kata aku ade bela ayam dan busuk..pada hal yang busuk tu tahi kucing liar...sekarang ni orang rumah aku tak bagi aku bela ayam hutan kat KL..dia kata taknak orang mengadu lagi..sedih aku...aku teringin nak bela..nak cari baka pikat yang baik2 skit...ntah ler...nanti balik perak nak cari seekor dan tinggalkan kat sana..bagi abah aku bela..bila aku balik boleh pergi melaman kat ladang sawit abah aku..i hope...

aku nak cuba ubah sikap aku..aku kalau boleh taknak abaikan pelajaran aku...sebab ini masa depan aku dan keluarga aku....dalam masa yang sama aku taknak berhenti memikat burung dan dan ayam hutan sebab ini lah aku..aku hanya budak kampung yang mencari sesuap nasi di kota...

aku harap wife aku akan lembut hati dan mengizinkan aku bela semula ayam hutan..tapi kali ni aku nak bela seekor jer...baru takde orang kacau..insyaAllah...

aku bukan mencuri,merompak, hisap dadah, hisap ganja, merogol, membunuh, ngorat anak dara orang......aku hanya seorang budak kampung yang tinggal di kota untuk sesuap nasi dan kemajuan keluarga yang masih lagi mengamalkan tradisi di kampung iaitu memikat burung dan memikat ayam hutan...

No comments:

Post a Comment